Sunday, June 21, 2009

CaMpS on LuBuK DeGong @ GePai WaTeRfAlL biDoR















Pada hari sabtu , 20/06/2009, Team Budak Gamble sekali lagi...terjah ke Bidor Perak... kali ni biasalah ...kami Buat gila lagi......dgn tiada maklumat tentang tempat ni .. kami pergi berkhemah ke Bidor ......tempat ni beri nama ....LuBuk DeGoNg@Gepai Waterfall , Dari Erti kata Lain ,Terjemah lain Gepai FaLL.....kami dpt maklum tempat adalah black area masa zaman komunis dulu......dengar kata org tempatan....dlm lubuk ini terdapat terowong boleh tembus ke sg tapah, perak....tapi tak dapat membakar semangat kami ...kami terus kan gamble kami.....ini lokasi air terjun nyer ...ada cantik...ke...


Jeram2 yg terdapat disini cantik dan begitu unik sekali. Rugi tak pergi..















keindahan air sungai mengalir .....














Jeram lagi.....ermmm cantik...










Nyaman dan dingin sekali tentu sayang kalau ia dicemari oleh manusia yang tidak pandai menjaga alam sekitar... moga ia berkekalan....









2nd waterfall ini antara kawasan yg tercantik yg terdapat disini, airnya yang tersangatlah dingin dan kedalaman yang tidak dapat dipastikan sebab nampak air nya kegelapan (menandakan ia dalam) sepanjang dua hari trip ni aku rasa ini waterfall antara yg tercantik yang pernah aku lihat...

Menurut cerita orang tempatan dibawah air terjun ni ada terowong yang menghubungkan dua kawasan iaitu Daerah Tapah dan Teluk Intan, itu mitos yang kitaorg dengarlah dari penduduk berhampiran air terjun Gepai ni.. betull atau tidak .... lu pikir sendili.








pula kolam utk 2nd waterfall, banyak pengunjung yang mandi-manda kat sini sbb dia punya air jernih giler dan air nya agak tidaklah terlalu dalam siap diorang boleh buat terjun tiruk lagi. Diorg lompat dari atas batu besar ni...


















mandi best oooooo......dalam tuu (kalau tenggelam kuar tapah @ teluk intan klu teringin buek la....











Panorama hutan dan desiran disulam kicauan burung dan unggas2 dirimba yang sangat menenangkan jiwa...















Ini pula salah satu daripada lubuk yang ada disana, ini lubuk yang paling atas yang dapat kami sampai...ikan sungai (spesis ikan yg kecik) banyak terdapat disini. Disebabkan jarang ada pengujung sampai di checkpoint ni kawasan ni agak bersih daripada sampah sarap.....




khemah kami menginap ...best oooooiii













Unggun api oooo sampai pagi... nyala......













Kenangan di Gepai waterfall ini sungguh mengasyikkan dan kami akan repeat lain kali, harapan kami agar ekosis kawasan ini terjaga dari segala ejen pemushanan yg merosakkan keindahannya-penulis










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Wednesday, April 15, 2009

Budak Gamble Trip ke Kuching


Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-
Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

(sumber dari Wikipedia)





ada hari sabtu bersamaan 11/4/2009, Team Budak Gamble (TBG) memulakan muQadimah pertamanya dengan meredah jer ke negeri Sarawak, destinasinya Bandar Kuching ...dgn hotel pun tak book , kereta sewa tak chatell ...slamber je kitaorg, yg dah booking cuma tiket penerbangan airasia (itupun ada yg cadangkan kita berenang jer dari semenanjung ke Kuching) dgn tambang semurah rm80.00 je... nih gambo kami kat Airport Kuching......Sampai bandar Kuching kitaorg terus sarapan sum lunch skli sbb dah dekat pkol 1pm so kira lum sump laaa....(makan kat Bangunan Tun Jugah.......



Kampung Budaya Sarawak, Destinasi pertama yg ader dalam list kitorang perjalanan tak lebihtak kurang 35km dari bandar Kuching (nampak dekat tp jauh tuh!) Entrence fee rm60 perhead ada bran!! bleh la masuk sini, nk tgk rumah tradisi masyarakat etnik sarawak. mcam2 ader,. Umah org iban, bidayuh dan byk lagi. kitaorg x masuk pun cuma ambik gambo kat pintu gerbang dia ajer. Bukti beb...bukti..hehh.he.hehh..














Ini pulak gambor kitaorg masa lepak kat Pantai Puteri-Pantai Damai (aku ingat nk ke private beach kat damai Laut tp x leh masuk nk wat camner...) view belakang 2 ialah sebahagian gunung santubong yang terkenal dek krn lagenda dan mitoznyer yang memikat hati. Lokasi di Pantai Puteri.













Pasar Pagi Satok, tempat yang mesti dilawati bila berkunjung ke kuching. Dekat sini macam2 barangan boleh dimiliki seperti ikan terubok (yg top tu) dan mcam2 adalah senang citer.....














Budak Gamble mengambil gambar di tengah-tengah bandaraya kuching...tapi belakang tugu nih ada Mc Donald....

Ini tempat membeli belah masyarakat kuching di india street ...macam-macam ader jual ....















Dibawah nih gambar masjid lama kuching di tengah -tengah bazaar kuching ..ia dibina pada tahun 1834 ..


Nih Keunikan yang ada di waterfront Kuching





Ermm...Budak gamble tengah tawar menawar harga terubok masin..Popular Terubuk nih...tapi mereka kata sekarang banyk import punya terubuknya.....bukan musim nyer ..ader pun yang kecil-kecil....harga nya dalam 4 ekor rm10.00 hingga ke harga seekor sampai rm25-30.Di nasihatkan pandai-pandai lah tawar menawar.......
Dibawah ini ...video sempat kami rakamkan...