Wednesday, April 15, 2009

Budak Gamble Trip ke Kuching


Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-
Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

(sumber dari Wikipedia)





ada hari sabtu bersamaan 11/4/2009, Team Budak Gamble (TBG) memulakan muQadimah pertamanya dengan meredah jer ke negeri Sarawak, destinasinya Bandar Kuching ...dgn hotel pun tak book , kereta sewa tak chatell ...slamber je kitaorg, yg dah booking cuma tiket penerbangan airasia (itupun ada yg cadangkan kita berenang jer dari semenanjung ke Kuching) dgn tambang semurah rm80.00 je... nih gambo kami kat Airport Kuching......Sampai bandar Kuching kitaorg terus sarapan sum lunch skli sbb dah dekat pkol 1pm so kira lum sump laaa....(makan kat Bangunan Tun Jugah.......



Kampung Budaya Sarawak, Destinasi pertama yg ader dalam list kitorang perjalanan tak lebihtak kurang 35km dari bandar Kuching (nampak dekat tp jauh tuh!) Entrence fee rm60 perhead ada bran!! bleh la masuk sini, nk tgk rumah tradisi masyarakat etnik sarawak. mcam2 ader,. Umah org iban, bidayuh dan byk lagi. kitaorg x masuk pun cuma ambik gambo kat pintu gerbang dia ajer. Bukti beb...bukti..hehh.he.hehh..














Ini pulak gambor kitaorg masa lepak kat Pantai Puteri-Pantai Damai (aku ingat nk ke private beach kat damai Laut tp x leh masuk nk wat camner...) view belakang 2 ialah sebahagian gunung santubong yang terkenal dek krn lagenda dan mitoznyer yang memikat hati. Lokasi di Pantai Puteri.













Pasar Pagi Satok, tempat yang mesti dilawati bila berkunjung ke kuching. Dekat sini macam2 barangan boleh dimiliki seperti ikan terubok (yg top tu) dan mcam2 adalah senang citer.....














Budak Gamble mengambil gambar di tengah-tengah bandaraya kuching...tapi belakang tugu nih ada Mc Donald....

Ini tempat membeli belah masyarakat kuching di india street ...macam-macam ader jual ....















Dibawah nih gambar masjid lama kuching di tengah -tengah bazaar kuching ..ia dibina pada tahun 1834 ..


Nih Keunikan yang ada di waterfront Kuching





Ermm...Budak gamble tengah tawar menawar harga terubok masin..Popular Terubuk nih...tapi mereka kata sekarang banyk import punya terubuknya.....bukan musim nyer ..ader pun yang kecil-kecil....harga nya dalam 4 ekor rm10.00 hingga ke harga seekor sampai rm25-30.Di nasihatkan pandai-pandai lah tawar menawar.......
Dibawah ini ...video sempat kami rakamkan...


No comments:

Post a Comment